skip to main | skip to sidebar

~~saDneSss n SorroW~~

  • Entries (RSS)
  • Comments (RSS)
  • Home
  • Posts RSS
  • Comments RSS
  • Edit

Sunday, August 29, 2010

Masih ada pertanyaan kenapa harus kau yang ku pilih, terus terang,aku tak tahu, mungkin kerana kata-kata,tak sanggup lagi menyampaikan isyarat hatiku

Posted by iz_itachi.. at 1:47 AM

Izinkan diri ini menghiasi kamar hatimu dgn wangian cinta yg senantiasa harum semerbak... Bunga-bunga cintaku ini sentiasa mekar mengharum,buatmu yg jauh di sana...Bagiku, memilikimu cukup merasa bahagia, yang terindah, lebih-labih lagi bila kudapat menikmati keindahan sinar mata hatimu yang jernih..Ingin kupintal buih-buih sabun,ingin kutangkap ombak yang deras,akan ku kejar mendung berlalu,dan halilintar yang membelah,untuk kupersembahkan padamu kasih..Hari ini,usah kau meragui keikhlasan sayangku,mungkin kau silu dgn ucapan sayangku, namun semuanya itu demi untuk menyatakan cintaku dan kamu sebagai pujaan jiwaku..Gerak-gerimu seringkali membuatkan aku yakin dan percaya, aku dicintai, dan bukan teman di kala sunyi sahaja, caramu pastinya menimbulkan keriangan dalam hatiku..Dalam kesunyian ini,akn ku susul & ku kutip bintang2 yg jtuh,akn ku gilap cahaya suria krn ku tahu,kau pasti menghargai nilai kasih ku.. Sayang,dunia ku yang dulu gelap,kini menjadi terang.Cahaya nan indah seolah-olah menerangi alam ini, ketahuilah kehadiranmu memberi seribu makna dalam hidupku..Amat bermakna tiap kata2 cinta yang dikau lafazkan untukku, buat azimat bekalan cinta kita. Mengertilah maksud cinta yg hakiki,agar dapat kita kecapinya bersama..Keredupan matamu adalah luahan kasih,kejernihan sinar matamu adalah tulusnya sayang,menguntum ucapanmu membikin dendam kerinduan,buat penawar sepi di kala rindu..Selagi air sungai mengalir, selagi waktu bergerak, dan selagi jua diriku ini masih bernafas, akan ku setia pada mu... Ada satu yang tak pernah berubah, rinduku pada teduhnya tatapan matamu, dan kemerduan suaramu membelai jiwaku yang lara,kerana itulah aku setia merindui dirimu..Ucapan cinta berjanji nan setia, kan menjadi lambang keutuhan kasih kita, kerana telah kuangankan, sebuah impian, untuk kita berdua hidup bersama selama-lamanya..Kehalusan niatmu setulus sutera,melamar jiwaku di kala merindu,aku pasrah atas keikhlasanmu,krn kutahu nilai dan erti kasih,jelas terpancar pd kelembutan katamu..Kau yang terindah dari yang terindah,cinta pertama dari kehidupanku,sejuta puisi untuk sebuah senyumanmu,kerna aku sangat mencintaimu,engkau seorang di hati ini..Malu rasanya untuk kuucapkan, makin kupendam merana badan, kaulah insan yang berjaya membuka hatiku yang telah lama terkunci,kuharapkan sebuah kebahagiaan abadi.......... Cukuplah sudah hatiku terseksa, akan ku cuba lebih waspada, mencari teman sehati sejiwa, yang benar-benar mengerti apa yang dikatakan cinta dan apa itu dusta..Kedamaian jiwa yg kita berdua kecapi hari ini adalah hasil drpd ketulusan nurani kita dalam melayari bahtera kasih sayang. Ku doakan kita berdua kekal bahagia..Kiranya kumiliki hatimu seutuhnya, akan kudakap jiwamu seluruhnya, ingin kumengisi seluruh fikiranmu, selengkapnya jiwamu adalah untukku selamanya, itulah nadi impianku..Kucoretkan hasrat kepadamu, bahawa dikaulah cinta pertama & terakhir buat diri ini. Satu masa nanti, akan kupaterikan pengakuan ini, menjadi saksi kasih bersemi... Alangkah indah, andai kau tiba saat diriku perlukan dirimu..Getaran cinta di hatiku ini tidak dapat ku sembunyikan lagi. Akan kuluahkan segala kalimah2 cintaku ini tatkala bersua denganmu. Aku cinta pada dirimu selamanya...Hadirnya dirimu dlm hidupku ini memberi satu suntikan semangat untuk aku terus tabah dalam melalui liku-liku hidup..Kalau kau tanya apa itu cinta, lihatlah di mataku, cinta telah meninggalkan jejak cahaya di sana, kalau kau tanya, kenapa jadi begitu, jawapannya adalah.. Kamu!

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Sponsored

  • banners
  • banners
  • banners
  • banners

avandia class action lawsuit

About Me

My photo
iz_itachi..
seorang yg simple..pnyabar...suka gelak..suka bergurau..jnis yg x serius...kdang2 2 serius la gak,tp tgk keadaan...setia..suka berjalan2..kco kwn ngh rileks...
View my complete profile

Facebook Badge

Izra サラ- Anne

Create Your Badge

Followers


adik aku no 3..org pnggil acap...macho la 2 knon..haha

adik aku no 2,fezal

adik aku no 5 tgh pndang slek..haha...

yg blah knan 2 adik aku no 4,afni nmanya

wit my bro and auntie..pntai bachok,klate

Blog Archive

  • ▼  2010 (12)
    • ►  October (1)
    • ▼  August (11)
      • aPabila psiKo aku mnJadi
      • keyakinanku..kepercayaanku..keikhlasanku..dan cint...
      • Cinta itu duniaku,lalu kutulis tentangnya,tentang ...
      • Masih ada pertanyaan kenapa harus kau yang ku pili...
      • Aku bukanlah SUFI atau WALI untuk membaca fikiran ...
      • SangPutery..........
      • Ketahuilah bahawa… Memang ALLAH sengaja menemukan...
      • Tenanglah Wahai Jiwa
      • Lakal Hamdu Ya Rabbi
      • Allah yang Maha Pemurah.. terima kasih Engkau tela...
      • Kesengalan melanda

Feedjit

 

© 2010 My Web Blog
designed by DT Website Templates | Bloggerized by Agus Ramadhani | Zoomtemplate.com